Lapan Belas

Lapan belas. Umur yang mencabar. Hati dan pemikiran. Emosi dan kematangan. Nafsu dan iman. Kadang aku terasa bahgia. Kadang aku merasa sebaliknya. Terkadang aku mahu lebih dari apa yang aku punya. Terkadang aku emosi tak bertempat. Ada masa aku gelak tak kira tempat. Sampai waktu aku menangis.

Aku sering lalai mengingati Penciptaku. Aku menginginkan yang terbaik tp aku tak usaha jd yg terbaik. Aku mengingati orang yg melupakan ku dan sering lupa orang yg mengingati ku.

Di usia ini aku sedang mencuba membahgiakan orang tua ku. Ada masa aku mengeluh juga dlm memberi apa yang mereka minta. Sedangkan kemahuan mereka adalah kejayaan diri aku sendiri. Doakan aku berjaya.

Aku bangkit dari kesedihan ku. Sedih yg berpunca dari seorang lelaki. Aku belajar menghadapi ragam dan sikap manusia dari lelaki itu juga. Dan lelaki itu yang telah pon menjadi masa lalu ku, juga lah yang sentiasa tergambar di mata hati, bila hati ini mula menyukai orang lain. Seperti memberi peringatan tentang sakitnya hati suatu masa dahulu akan berulang jika aku beralih kepada seseorang yg baru.

Akal ku yakin aku mampu bahgia tanpa lelaki. Sampai waktu Allah akan berikan yang terbaik dlm yg terbaik untuk ku.

Lapan belas yang sekali ini akan menjadi usia kegemaran ku. InsyaAllah.





Popular posts from this blog

ye ni pasal awak!

Aku

ibu