Imbasan

Terlalu banyak perkara ingin diluahkan. Terbuku di hati, di fikiran nama nya kenangan dengan dia sentiasa ada setiap saat. Macam mana engkau nak hadapi seharian waktu tanpa berfiikir tentang dia sedangkan kau dah terbiasa hidup ditemani dia.

Macam mana dulu dia boleh buat kau tersenyum gembira seharian, macam tulah dia boleh menghampa kan hati kau, melukakan perasaan kau sehingga kau rasa kecewa seharian malah tidak pernah kau rasa gembira walau sesaat pon.

Betapa sekarang kau sedar, dia yang selalu kau jaga nama nya, dia yang selalu ada dalam hati fikiran jiwa kau adalah orang yang sekarang mampu berkata buruk tentang kau tanpa fikir perasaan kau.

yang dulu penting, yang dulu dia jaga, yang dulu dia kisah dan peduli, sekarang semua takda. apa yang dijanjikan apa yang pernah dikatakan semua manis di bibir.

Mungkin benar diri ni saagat jahil dan lalai. Apa yang tersarung di kepala ku menutup aurat ku tidak sama dengan perangai ku, adap ku, kesopanan ku. Namun tetap saja, hati siapa takkan hancur, bila orang yang biasa kata baik tentang diri ini dulu sekarang dia lah pengkritik.

Bersabar. Hanya bersabar. Biar buruk dipandang hina, asal Tuhan mu tahu apa ada nya dirimu. Doakan aku, semoga aku terus kuat. Dan semoga Tuhan berikan aku orang perantaran untuk bantu aku terus kuat dan orang tu akan setia menjadi halal untuk ku selamanya.

Popular posts from this blog

ye ni pasal awak!

Aku

ibu