Friday 19 July 2024

what is it like to be me?

 Invisible and unknown. Itu lah saya yang selama ini menceriakan suasana di kalangan keluarga. Orang cakap aku selalu membawa keceriaan di mana mana aku pergi. Sedangkan orang taktahu aku selalu menangis sorang sorang. Kenapa?

Ya Allah ampuni aku kerana menjadi orang yang tidak bersyukur. Kerana aku selalu terbawak oleh perasaan disakiti oleh orang yang melahirkan aku. Kalau lah dia tau betapa aku sayangkan dia sampaikan perasaan ini tidak pernah aku suarakan dan dia tidak tau langsung betapa banyak dia dah luka kan perasaan aku. Bukan sakit hati tapi lebih kepada sedih. Kalaulah dia tau, setiap kali dia bercerita tentang kelemahan aku, aku sangat sedih. Kalaulah dia faham setiap mimik muka yang aku buat hanya lah untuk menutup luka di hati atas setiap kata kata yang dia rasa adalah biasa tapi sangat sedih bagi aku. 

Dia suka cakap aku ni takde kelebihan dan selalu menyatakan kelemahan. Tidak kah dia tau bahawa kelemahan yang aku ada ni berasal dari dia jugak? Kadang kadang kelemahan aku menjadi bahan ketawa dia. Ya Allah hanya Engkau yang maha mengetahui. Aku terlalu sayangkan dia sehingga aku berasa berdosa atas rasa sedih ini. Layakkah aku terasa hati dengan orang yang melahirkan aku?

Dan sekarang, ternyata kata kata dari seorang yang melahirkan benar benar menunjukkan kebenaran. Aku memang seorang yang tak berguna. Apa sahaja yang aku lakukan tidak ada kejayaannya. Ya Allah bantu lah aku supaya aku dapat lupakan rasa sedih dan terluka ini. 

Apa yang aku tau, aku taknak ulang semua perbuatan tu. Semoga aku akan menjadi mama yang baik untuk anak aku sehingga anak aku merasakan sokongan dari aku. Semoga anak aku tidak akan tersinggung dengan kata kata aku. Ya Allah bantu lah aku. 


what is it like to be me?

 Invisible and unknown. Itu lah saya yang selama ini menceriakan suasana di kalangan keluarga. Orang cakap aku selalu membawa keceriaan di m...